Apa itu fenomena Strawberry Moon, dan bagaimana ia mempengaruhi zodiak anda? (2024)

Strawberry Moon atau Strawberry Supermoon adalah satu fenomena bulan penuh yang terjadi pada bulan Jun ini. Penampakan Bulan Purnama ini sangat besar dan berwarna oren kemerahan. Dan fenomena Strawberry Moon 2024 ini akan terjadi beberapa hari dalam minggu ini pada setiap waktu berlainan mengikut zon waktu setiap negara.

Menurut kenyataan dari NASA, bulan purnama ini akan terjadi pada 21-22 Juni 2024 malam, dan tampak bertentangan dengan Matahari (dalam garis bujur Bumi).

Waktu Strawberry Moon 2024 di Malaysia

Menurut zon waktu Amerika Syarikat, Strawberry Moon 2024 akan muncul pada Jumat, 21 Jun 2024 jam 21.08 EDT. sem*ntara berdasarkan zon Malaysia, Strawberry Moon akan muncul pada Sabtu, 22 Jun 2024 jam 08.08 MYT.

Secara umum, fenomena bulan penuh ini terjadi ketika bulan berada bertentangan dengan matahari dan Bumi berada di antara keduanya. Pada waktu malam, saat itulah bulan terlihat sepenuhnya bercahaya. Pada dasarnya, waktu terjadinya bulan penuh adalah sama di seluruh dunia, hanya zon waktu membuatnya berbeza.

Bagaimana Strawberry Moon 2024 mempengaruhi zodiak?

Apa itu fenomena Strawberry Moon, dan bagaimana ia mempengaruhi zodiak anda? (1)

Biasanya dikenali sebagai Strawberry Moon, bulan penuh ini juga dikenali dengan nama lain seperti Green Corn Moon, Egg Leying Moon, Honey Moon, Flower Moon, Mead Moon dan Rose Moon. Semasa bulan penuh ini, beberapa zodiak cukup bermotivasi untuk memenuhi matlamat profesional dan peribadi mereka.

Mereka akan lebih cenderung untuk mencapai sesuatu target dalam kerjaya masing-masing dan kurang procrastinate dalam melaksanakan tugas.

Dari segi rohani, bulan purnama ini sering dikaitkan dengan perkhabaran positif. Ramai yang cenderung untuk muhasabah diri pada ketika ini, berfikir dengan rasional dan membawa hati anda ke arah yang betul.

Aries (21 March – 19 April)

Kerjaya si bintang Aries akan beri efek secara positif semasa bulan penuh ini. Mereka akan menolak had mereka apabila mencapai matlamat profesional mereka, dapat kenaikan pangkat yang diidamkan atau mendapat pekerjaan baharu. Sisi sebaliknya adalah bahawa mereka mungkin kurang memberi perhatian kepada kehidupan peribadi mereka, yang tidak sepatutnya berlaku.

Taurus (20 April – 20 May)

Si bintang Taurus pula akan merancang untuk ke percutian, menerokai tempat baru atau ada antaranya yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara. Mereka ternyata menjadi lebih adventurous kali ini.

Gemini (21 May – 20 June)

Apa itu fenomena Strawberry Moon, dan bagaimana ia mempengaruhi zodiak anda? (2)

Strawberry Moon ini membuatkan si Geminais bersemangat ini untuk menangani perbelanjaan mereka dengan lebih bijak. Mereka juga akan memberi tumpuan kepada pemulihan dari segi emosi mereka.

Cancer (21 June – 22 July)

Bintang ini menunjukkan bahawa akan ada perubahan dari segi tempat kerja. Inilah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal pada pekerjaan lama, dan salam perkenalan untuk rakan-rakan sepejabat baru yang akan menyinari hidup anda.

Leo (23 July – 22 August)

Leo lebih cenderung untuk memilih pemulihan dari segi fizikal mereka berbanding kerjaya dan kehidupan peribadi. Mereka akan mengambil berat tentang kesihatan dan mengutamakan pergi ke gim dan mengekalkan gaya hidup sihat.

Virgo (23 August – 22 September)

Virgo akan mengejar minat mereka dari sisi kreatif. Tetapi ada kemunkinan mereka akan terlalu taksub, dan memberi kritikan pada sesuatu yang tidak perlu

Libra (23 September – 22 October)

Libra akan berminat untuk mengekalkan keseimbangan, yang sesuai dengan sifat semula jadi mereka. Mereka akan mengambil sedikit masa untuk meluangkan masa bersama keluarga dan menyasarkan untuk mencapai keseimbangan kehidupan kerja yang sempurna.

Scorpio (23 October – 21 November)

Scorpio akan merasakan keperluan untuk berkomunikasi dan rangkaian semasa fasa lunar ini. Mereka akan membina hubungan baik di tempat kerja yang akan berguna untuk mereka pada masa hadapan. Mereka juga akan berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka yang tegang dengan adik-beradik mereka.

Sagittarius (22 November – 21 December)

Bulan Penuh ini segalanya mengenai duit buat si bintang Sagittarius. Mereka akan mengawal kewangan, melabur dan menyimpan dengan serius.

Capricorn (22 December – 19 January)

Si bintang Capricorn bakal mengubah identiti mereka, sudah tentu ke arah yang lebih baik. Mereka akan menjadi lebih yakin, punyai motivasi yang tinggi untuk mengejar impian dan cita-cita mereka.

Aquarius (20 January – 18 February)

Apa itu fenomena Strawberry Moon, dan bagaimana ia mempengaruhi zodiak anda? (3)

Mereka akan lebih cenderung untuk ‘healing’ pada waktu ini. Mereka akan bermeditasi, membuat jurnal, dan apa yang bagusnya, mereka akan fokus pada diri sendiri berbanding orang lain.

Pisces (19 February – 20 March)

Pisces akan lebih mesra pada bulan penuh ini, mereka akan bersosial dan mengenali beberapa rakan-rakan baru. Bagi mereka untuk lebih connected dengan orang lain adalah penting.

Do’s & Don’t ketika bulan penuh

Apa itu fenomena Strawberry Moon, dan bagaimana ia mempengaruhi zodiak anda? (4)

  • Bulan purnama adalah peluang yang sempurna untuk ‘manifest’. Oleh itu, ini adalah masa yang baik untuk menulis matlamat anda dalam jurnal.
  • Ini juga masa yang baik untuk anda recharge tenaga anda di bulan penuh.
  • Mulakan sesi penjagaan diri (mental dan fizikal) dalam tempoh ini.
  • Kekalkan keseimbangan yang baik antara kerja dan peribadi.
  • Elakkan daripada terjebak dalam pergaduhan kecil atau menyimpan dendam.
  • Elakkan melancarkan projek baharu pada masa ini.

Kredit Hero & Featured foto: Achoos Philip/Pexels & Getty Images

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular diLifestyle Asia Malaysia

Apa itu fenomena Strawberry Moon, dan bagaimana ia mempengaruhi zodiak anda? (2024)

References

Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Pres. Carey Rath

Last Updated:

Views: 6034

Rating: 4 / 5 (61 voted)

Reviews: 92% of readers found this page helpful

Author information

Name: Pres. Carey Rath

Birthday: 1997-03-06

Address: 14955 Ledner Trail, East Rodrickfort, NE 85127-8369

Phone: +18682428114917

Job: National Technology Representative

Hobby: Sand art, Drama, Web surfing, Cycling, Brazilian jiu-jitsu, Leather crafting, Creative writing

Introduction: My name is Pres. Carey Rath, I am a faithful, funny, vast, joyous, lively, brave, glamorous person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.